Bajet Masuk Rumah Baru Bakal Pemilik Rumah Patut Tahu!

Bajet Masuk Rumah Baru (Part - 1)

Sebenarnya berapakah bajet yang perlu anda peruntukkan untuk rumah baru yang akan didiami? Jumlah bajet itu bergantung kepada diri anda, setiap orang tidak sama nilai bajetnya. Pertama sekali anda perlu senaraikan keperluan utama bukan kemahuan yang diutamakan.

1. Grill
2. Wiring dan piping
3. Plaster ceiling

Grill dan wiring adalah perkara pertama sekali yang akan kita buat apabila dapat kunci rumah baru. Harga grill bergantung kepada design grill tersebut, semakin simple design semakin murah harganya. Semakin banyak bunga-bunga design, semakin banyak lah bunga-bunga harganya. Jadi tepuk poket, tanya bajet anda. Apa yang penting keselamatan anda terjamin.

(Gambar Hiasan: Grill Rumah)

 (Gambar Hiasan: Grill Rumah)

Untuk wiring, jika anda hanya menggunakan point-point elektrik atau wiring sedia ada yang disediakan oleh pemaju, anda hanya perlu membayar upah pemasangan lampu dan kipas kepada wireman. Namun, jika anda bercadang untuk menambah point lampu atau bertukar kepada penggunaan lampu LED atau downlight, point atau wiring baru perlu dibuat dan plaster ceiling perlu dijalankan untuk penggunaan lampu downlight.

(Gambar Hiasan: Downlight dan plaster ceiling)

Sama seperti grill, harga plaster ceiling juga bergantung kepada design plaster ceiling tersebut. Semakin rumit design, semakin mahal harganya.


Bajet Masuk Rumah Baru (Part - 2)

Selesai bajet untuk rumah baru (Part - 1) iaitu grill, wiring, dan plaster ceiling. Kita masuk ke (Part - 2) iaitu kabinet dapur dan lain2 kabinet samada ready made ataupun custom made. Peruntukkan untuk (Part - 2) ni sebolehnya anda lebihkan sedikit daripada bajet (Part - 1) jika anda ingin kabinet secara custom-made.

1. Kabinet Dapur

Untuk kabinet dapur, kami cadangkan secara custom-made. Ini kerana, kebanyakkan rekabentuk ruang dapur rumah sekarang samada teres 2 tingkat, semi-d, mahupun banglo mempunyai ruang yang sangat terhad. Jadi, kabinet dapur custom made dapat dibuat sepenuhnya mengikut ruang yang ada, 'maximise the space'. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, kabinet dapur boleh dibuat secara full height, jadi ruang storan anda lebih banyak.

(Gambar Hiasan: Kabinet Dapur)

Dari segi material, ya! harga berbeza mengikut jenis material. Di Rekaskala Studio, harga material yang paling minimum adalah jenis " Melamine ". Manakala material " Maica " (laminate) adalah medium range dan material jenis " Glass " dan " Acrylic " merupakan yang paling mahal.

(Gambar Hiasan: Kabinet Dapur)

Pemilihan worktop atau table top kabinet dapur juga bergantung kepada keseluruhan peruntukkan anda untuk bahagian dapur. Samada anda mahu kan " quartz stone ", " solid surface " atau pun " high pressure laminated " top dan sememangnya masing-masing mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan harga yang berbeza-beza.

Semoga bermanfaat :)

Sumber:
Fb page: Rekaskala Studio

Mungkin anda juga berminat tentang keperluan aksesori dapur. Rekaskala Studio juga ada kongsikan entri pendek. Baca di sini -> Aksesori Dapur Akses Mudah Idaman Suri

Label: , ,