Rekabentuk kabinet dapur bergantung kepada keluasan sesuatu dapur itu sendiri, samaada susun aturnya single line- I-shape, L-shape ataupun U-shape.
Namun kebanyakkan rumah jenis pangsapuri, apartment dan kondominium mempunyai keluasan ruang dapur yang sangat terhad. Beberapa faktor perlu diambil kira dalam merekabentuk kabinet dapur untuk ruang dapur yang sempit iaitu faktor pergerakan, pengcahayaan,pengudaraan dan juga warna.
Rekabentuk kabinet dapur di bawah (gambar) ini direka untuk rumah jenis pangsapuri dimana keluasan kurang daripada 100 kaki persegi.
Memaksimakan penggunaan ruang yang ada untuk kabinet dapur sebagai penstoran adalah salah satu idea yang sangat bagus supaya setiap ruang yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemilihan warna kabinet juga memainkan peranan yang sangat penting supaya ruang yang sempit tampak lebih luas.
Laci/drawer kabinet boleh diperbanyakkan bagi membentuk ruang penyimpanan yang maksima dan praktikal.
Susunan barang mengikut laci/drawer sebenarnya lebih teratur dan mudah dicari. Usah risau jika mempunyai ruang dapur yang terhad, kerana banyak idea dan aksesori yang boleh digunakan untuk dimanfaatkan sepenuhnya ruang yang ada. Sebenarnya ruang dapur yang terhad ni lebih senang dijaga dan dibersihkan.
Penerangan yang lebih jelas tentang ciri-ciri dan struktur material, anda boleh lawati showroom kami di:
No- 16-1 Jalan Dagangan 6,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Hubungi kami:
☎ 04-577 0089 atau Whatsapp ke 012-5699819
Semoga bermanfaat. Silakan SHARE untuk rujukan masa akan datang.
Label: Info, Kabinet Dapur, Ruang Dapur, Tips