Wanita Ini Tukar Bahan Terpakai Menjadi Taman Kecil Yang Cantik

Siapa kata ruang yang kecil tidak boleh dibuat taman. Mahu dengan tidak mahu sahaja. Entri kali ni admin kongsikan sekali lagi perkongsian daripada Puan Inna Balqish kali ini berkenaan "garden kecilnya" bersaiz 3 x 8 kaki dan paling spesialnya taman kecilnya kebanyakkan dibuat daripada bahan terbuang dan terpakai.

" Selain suka menghias rumah, 1 perkara lagi yang saya suka dan minat sangat ialah bertaman.
Walaupun ruang taman saya kecil tepi sudut parking kereta hanya berkeluasan 3 x 8 kaki tetapi disebabkan saya sukakan bunga-bungaan saya usahakan juga buat garden kecil ni.

Saya juga tidak memerlukan modal yang besar, saya dan suami banyak men"diy"kan sendri bahan-bahan terbuang, contohnya kayu-kayu yang terbuang saya buat papan tanda arah, buat pagar kecil, dan lain-lain.

Banyak juga bahan-bahan terbuang yang saya kutip jadikan deco di garden kecil saya. Jangan jadikan alasan, ruang kecil tidak boleh bertaman yang penting minat dan usaha semuanya boleh terlaksana " 
- Puan Inna










Menarik kan?

Sebelum ni admin ada juga kongsikan entri hasil perkongsian dari Puan Inna sendiri. Entri berkenaan DIY kitchen kabinet menggunakan almari kanak-kanak. Boleh lihat di sini

Semoga bermanfaat :)

Kredit kepada:
Fb owner: Inna Balqish
Group Deco: Peminat Dekorasi Impian








Label: , , ,