Perkongsian Tentang Kaunter Top Dapur Anda Perlu Ambil Tahu Jika Ingin Memiliki Dapur Idaman

Kaunter top memainkan peranan yang penting bagi setiap kabinet dapur. Ada yang tak tahu apa itu kaunter top? Kaunter top adalah permukaan atau lapisan paling atas untuk kabinet dapur bahagian bawah. Ia penting kerana boleh dikatakan semua kerja2 dapur dan penyediaan makanan dilakukan di atas kaunter top. Jadi ketahanan kaunter top sangat penting untuk kerja2 dapur.



Terdapat 3 jenis kaunter top yang disediakan di Rekaskala Studio.

1. Quartz Stone
Quartz stone merupakan pilihan kaunter top terkini. Ia sangat versatile, dengan pelbagai warna yang menarik serta sangat menawan dan tampak mewah. Ciri utama quartz stone ini adalah, ia tahan lasak dan tidak mudah calar. Quartz stone ini juga tidak poros, ini bermaksud ia tidak menyerap air atau apa2 jenis cecair. Selain dijadikan sebagai kaunter top, quartz stone juga boleh digunakan dibahagian dinding dapur sebagai 'back splash'.

2. Solid Surface
Solid surface juga merupakan material pilihan ramai. Ia merupakan 'artificial stone' di mana komposisi bahan utama ia merupakan gabungan bahan sintetik seperti polister atau akrilik dan bahan semulajadi yang lain. Seperti quartz stone, solid surface juga merupakan jenis material kaunter top yang tidak poros, iaitu tidak mudah menyerap cecair dan mudah dijaga dan dibersihkan. Namun kekurangan solid surface ini adalah ia mudah calar.

3. HPL - High Pressure Laminated
HPL merupakan antara material yang kurang mendapat sambutan kerana dianggap sebagai satu material yang tiada kelas tersendiri. Namun ramai yang tidak tahu, dengan ada nya teknologi terkini, HPL mempunyai kemasan lamina yang direka lebih menarik dan berkualiti tinggi. Ia juga tidak mudah menyerap air serta tahan dengan kerosakan. Namun secara keseluruhan kaunter top HPL ini tidak mampu bertahan selama seperti quartz stone dan solid surface. Jadi penjagaan lebih perlu diberikan kepada mereka yang menggunakan kaunter top jenis lamina.

Pemilihan kaunter top bergantung kepada bajet anda. Jika mempunyai bajet yang lebih, kami memang galakkan anda memilih quartz stone kerana ia sangat berbaloi dengan pelaburan yang telah anda buat. Kepada mereka yang mempunyai bajet terhad, anda boleh memilih solid surface ataupun HPL. 

Jangan risau, jika ia tidak tampak semewah quartz stone, kerana pemilihan warna serta material kabinet dan juga kemasan serta kebersihan dapur itu sendiri yang menampakkan ruang dapur kita menarik dan mewah.


(High Presure Laminate -HPL)


(Quartz Stone)


(Solid Surface)

Semoga bermanfaat kepada semua. Boleh share dan tag pasangan awak diruang komen dibawah ya :)

Sumber: Rekaskala Studio

Label: , ,