4 Jenis Lampu Dan Kesan Pencahayaan Terhadap Ruang Tamu

Waktu malam adalah waktu untuk merehatkan minda setelah penat bekerja di siang hari. Suasana yang tenang diperlukan oleh minda. Sebagai manusia sudah menjadi fitrah kita sukakan perkara yang cantik, damai dan tenang. Setelah pulang bekerja pastinya kita mahukan ketenangan dalam suasana rumah kita. Ruang tamu antara tempat kita beristirehat bersama suami atau isteri tersayang serta anak-anak. Jadi, entri kali ini admin nak kongsikan 4 jenis lampu dan kesan pencahayaannya terhadap ruang tamu.

1. Lampu jenis "Uplight"


Lampu jenis "uplight" adalah lampu yang pencahayaannya diarahkan ke atas. Ia menimbulkan kesan dimensi dan mewah di ruang tamu. Ianya padan dengan pencahayaan umum di ruang tamu kerana menimbulkan suasana yang redup dan teduh. (lihat contoh gambar di bawah)

(Kesan pencahayaan menggunakan lampu lantai jenis "up light" )

Selain itu ia mewujudkan suasana yang damai dan romantik kepada pemilik rumah. Jenis lampu bergantung kepada tema ruang tamu yang anda ketengahkan. Lain tema lain pula jenis lampu. Jadi pastikan tema yang anda mahu dan pilih lampu yang bersesuaian dengan tema samada modern, contemporary, english country dan lain-lain. 

Dari segi harganya pula adalah berpatutan hanya sekitar RM100-RM250 bergantung kepada jenis design apa yang anda mahu kan. Jika anda berminat, anda boleh dapatkan lampu jenis ini di IKEA atau jika mahu order secara atas talian (online) anda boleh cuba risik-risik di LAZADA mana tahu ada "offer" atau diskaun. 

Penggunaannya sangat berbaloi selain daripada merasai suasana yang tenang dan romantik ianya menampakkan ruang tamu anda lebih indah dan mewah. 

2. Lampu jenis "Downlight"


Lampu jenis "downlight" adalah lampu yang pencahayaannya diarahkan ke bawah. Ia kurang sesuai di gunakan diruang tamu kerana cahaya yang terlalu banyak dan akan menggangu suasana tenang di situ. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada pemilik rumah. Anda boleh memasang lampu jenis ini sekiranya ada ramai tetamu yang datang berkunjung ke rumah. (lihat contoh gambar di bawah)

(Kesan pencahayaan menggunakan lampu lantai jenis "downlight" cahaya berwarna kuning )

(Kesan pencahayaan menggunakan lampu jenis "downlight" cahaya berwarna putih )

Mahukan pencahayaan yang lebih banyak dan nampak terang gunakan lampu yang berwarna putih, tetapi sekiranya akan masih mahu mengekalkan suasana yang nampak mewah gunakan lampu berwarna kuning. Jadi, jika anda mahukan suasana yang tenang dan romantik cukup sekadar menggunakan lampu jenis "uplight" kerana kesan pencahayaannya yang lebih redup.

Mengenai bajet untuk pemasangan lampu ini anda boleh tanya pihak tukang atau kontraktor berkenaan keseluruhan kos pemasangan. Jika anda merupakan bakal pemilik rumah baru anda perlu tahu bajet masuk rumah di sini  Biasanya lampu jenis downlight di pasang sekali dengan plaster siling.

3. Lampu jenis "Backlight"


Lampu jenis backlight, adalah lampu yang pencahayaannya datang daripada sesuatu objek. Ia dapat memberi kesan yang menonjol kepada sesuatu objek yang hendak ditonjolkan di situ sebagai contoh flat screen televisyen di rumah anda. (lihat contoh gambar di bawah)

(Kesan pencahayaan menggunakan lampu jenis "backlight")

4. Lampu jenis " frontlight"


Lampu jenis "frontlight", adalah lampu yang pencahayaannya diarahkan ke hadapan objek dekorasi. Sebagai contoh fram gambar atau lukisan. Ia menyorot cahaya ke permukaan objek. Sebaiknya gunakan pencahayaan yang rata supaya frame gambar atau lukisan tadi nampak lebih terserlah. (lihat contoh gambar di bawah)

(Kesan pencahayaan menggunakan lampu jenis "frontlight")

Semoga bermanfaat ya. Jangan lupa SHARE.

Label: , , , , , , ,